Saturday, April 24, 2010

Genarasi yang Mulia



Subhanallah, Indahnya didikan Allah SWT kepada hambaNya

Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, beliau berkata:

- Apa maksud semua ini?

Kedua-dua pemuda itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!

Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:
- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?

Dengan tegas lelaki itu menjawab:

- Ya! Saya telah membunuhnya!

Umar bertanya lagi:
- Bagaimana kamu membunuhnya?
- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.

Lantas Umar menjatuhkan hukuman :
- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:
- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:
- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?

- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:
- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:
- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:
- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:

- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:
- Adakah kamu mengenalinya?

- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.

- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?
- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:

- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:
- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:

- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:
- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:
- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?
- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:

- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:
- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

‏جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

اللَّهُمَّ إِنّا نَعْلَمُ أَنَّ نَصْرَكَ آتٍ فَهَيِّئْ لَنا أَسْبَابَهُ وَاجْعَلْنا مِنْ جُنْدِكَ الغَالِبِينَ
اللَّهُمَّ عَجِّلْ بِالفَرَجِ يَا مَنْ بِيَدِهِ مَفَاتِيحُ الفَرَجِ
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَالِحَ الأَعْمَالِ وَاجْعَلهَا خَالِصةً لِوَجْهِكَ الكَرِيمِ..

Sunday, April 18, 2010

Pontian Health Fiesta

Alhamdullilah, segala puji syukurku padaMu Ya Allah atas izin serta kemurahanMu dapat kami menyelasaikan program pertama batch kami di Pontian dengan jayanya, Alhamdullilah

Program yang telah dirancang selama lebih 3 bulan ini membuahkan hasil yang positif dengan penyertaan yang cukup baik daripada para peserta, Kami menyediakan program kesihatan seperti kempen penjagaan gigi, medical check up, Basic Life Support, blood donation,
Program umumnya pula kami menyediakan Fun booth dan drawing competition untuk kanak2 yang datang pada hari ini, kanak2 yang kebanyakannya terdiri daripada chinese bersungguh-sungguh mewarna dan menariknya walaupon mereka kanak2 namun, kualiti lukisan mereka jauh lebih baik daripada diriku sendiri...memang berbakatlah

I feel so much enjoyable and bila bertanya pada kawan2 yang datang sertai program mereka menunjukkan feedback positif dengan penyertaan program pada hari ini, mereka sgt seronok menyertai program ini and we hope can handle another big program like this in future

for the reflection of our committee, Prof. Latif was so unhappy with our protocol procedures, we were neglecting his present and he said he felt so insulted with us
So we accept this comment as in a positif way so that we can improve our management next time, ishallah..we are so sorry Prof. Latif  we were meant nothing insulting if we dont treat you as our advisor, but we do agreed you are our advisor for sure, we shudnt did that to you..im so sorry and im so sorry for Tan You Siang as our project manager, we were so naive to think about this, inshallah we will improve and please forgive us..

So next time what should i take notes are
1.i must treat my advisor accordingly by always updating them what is our programme progress
2.i must give a chance for them to express their concern about our programme
3.must give a chance for them to give talk and express the society and college purpose of establishing this programme
4.must always keep in touch with advisor during their present in programme activity, make him feel he is there and welcomed
5.Dont make college as tool to gaining aim, we bring college name to establish our mission
6.must plan bus trip accordingly so that prayer time is taken care
7.thank to those who involved
8.dont procastinate
9.be ready and be more strict(keras sket)
10.As a president i must be able to take care of sensitive issue such as this sensitive thing(protocol) for the important people..i shudnt rely everthing on Siang so that he must take care of all the simple2 thing
11.I shud be blamed on this thing, Astagfirullah, pity on Siang he must feel responsible on this...i must share his feeling and take this blame on me also...


What do we expect was this thing never happening, now we know already that this protocol thingy is very important, take note please
i will not let this problem from happening again after this
Thank you all for your advices and Hidayah

Alhamdullilah, it end with happiness and feeling of worth it..i feel very tired but i am happy
i need to sleep and start my life with fajr prayer tomorrow morning...This is our field to train ourselves to be great doctor in future.Inshallah

Nurturing The passion to Care

Wednesday, April 14, 2010

M.E.E.T.I.N.G




Im speechless but i must be there, i dont have many things to say but i need to be there...maybe boleh menyerikan suasana kot...i never had any chance or excuses on how to skip a meeting, so bad...maybe it can be developd someday..eheh

Sometime, meeting took a lot of my time...which i think i can use to revise my lecture notes and do revision...
sometime i had 4 meeting in a day and worst still i had at least one meeting for one day.

I know this thing will help me a lot during my carrier life but how can i survive this challengefull medical study, owh i wish i can pass this medical study with flying colour and lead my life systematically during my future day

i started to dont like meeting during my study life and i hope it would not be happening in my future, i wish i can start my own life and stay away from organisation

i can do my work, im been injustice to myself, i ve put myself a lot of burden and i couldnt resist to keep adding burden into myself

I ve put my niat on everything i do it is because of Allah
Ive got nothing from human, i got fatigue muscle and mind...i got bad result for my exam
The only place where i can hope is Allah, if i die during my study life...i dont need to think about my future carrier as a doctor

Ya Allah, help me in my study or i wish to die in your way...still i need to do the best so that my amal will be accepted by You Ya Allah.

My mother dont like my involvement in college management, my lecturer hates it, my previous lecturer warn me not to involve, but Ya Allah...im doing this because of You...i wish i dont involve in this from the 1st place, because of you i did sign up to be the one...You are the one who choses the leader among us, if you choose me please put me in str8 path...

Ya Allah, tuhanku yang Maha penyayang lagi Maha pengasihani...lindungilah diriku daripada sifat keburukan.
sesungguhnya Engkau Ya Allah sempurna daripada sifat kekurangan, segala keburukan adalah dari diriku sendiri...tunjukilah aku kepada jalanMu yang lurus dan selamat..

Ya Allah, selamatkanlah diriku daripada siksa nerakaMu jikalau sepanjang driku memegang jawatan yang Engkau amanahkan aku tidak mampu untuk menjalankan tanggungjwabku dengan sempurna...jika aku berbuat demikian maka itu bukanlah atas kemahuan imanku secara sengaja, maka ampunilah dosa2 ku dan tunjukilah daku jalanMu yang lurus...

Sesungguhnya aku berasa tidak kuat untuk ingkar kepada suruhanMu, aku lemah tanpa limpah rahmat dan berkatMu...aku tidak bernilai jika Engkau tidak memandang jiwaku dan hidupku

Aku memohon keberkatan dariMu untuk kesempurnaan kehidupanku

Ameen

Nurturing The Passion to Care

Sunday, April 11, 2010

Ramainya orang demam

Alhamdullilah syukurku pada Ilahi kerana pengurniaan kesihatan yang sempurna kepada diriku, aku memohon keampunan atas kelalaianku mensyukuri nikmat kesihatanMu yang berharga.

Dikala sahabat2ku lemah melawan dahsyatnya serangan demam yang melanda, Allah melindungi diriku untuk terus kuat memberikan bantuan kepada sahabat2 ku.
Kesihatan yang dianugerahkan bukanlah sebagai aset yang diberi secara percuma, Allah mahu aku terus bekerja serta membantu hambaNya yang lain serta kekuatan ummah islam keseluruhannya..
 Kekuatan merancang serta menetapkan hala tuju orang2 dibawah pimpinanku
O Allah, please put me in the straight path
Membeli Kek dan Saleh yang kena pakai benda atas kepala sepanjang kat Alamanda

Saturday, April 10, 2010

Mencintai saudaraku sepertimana Aku mencintai diriku

Sungguh Indahnya Allah kerana mencipta anak kucing yang secomel ini


Maha suci Allah yang mengurniakan perasaan kasih sayang di antara hamba-hambaNya yang soleh, begitu indah serta penuh ketenangan terhadap anjuran kasih sayangMu terhadap saudara-saudaraku.
Aku merasakan kasih sayang itu terbina apabila ujianMu mendatang kepadaku dikala saudaraku di dalam kesusahan... segalanya kelihatan begitu ikhlas dan mengharukan..Aku menjadi lebih jujur kepada diriku sendiri dan aku merasakan sungguh tenang ketika membantu saudaraku keranaMu Ya Allah...aku memerhatikan sabda Nabi pilihanMu lantas aku merasa begitu dekat kepadaMu
Ya Allah semoga imanku terpelihara dalam berkat rahmanMu.
Ku bersujd padaMu dan pasrahkan diriku terhadap segala ketentuanMu
Ya Allah kurniakan cintaMu kepadaku supaya aku tidak mencari cinta manusia yang penuh kesedihan dan kekecewaan...smoga dengan kelebihan cintaku kepadaMu, maka cinta manusia itu tidaklah aku terlalu mendambakan, semoga cintaku kepada manusia terus terpelihara di dalam pelukan cinta dan kasih sayangMu Ya Allah.

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu, sahabatku kelihatan lebih sihat dan kuat, aku memandangnya dengan penuh terharu kerana dengan usahaku yang kecil itu, dia mampu berdiri dan kembali beribadat kepadaMu dengan sempurna....sesungguhnya aku sedar dan jelas, yang menyembuhkan adalah dari kekuasaanMu, terima kasih Ya Allah kerana menyembuhkan untuk mengurniakan aku perasaan yang gembira...
Engkau telah memotivasikan aku supaya aku merasakan aku boleh sebenarnnya merasa tenang dan gembira ketika menolong saudaraku yang memerlukan pertolongan..Inshallah..

Nurturing The Passion to Care

Friday, April 9, 2010

Allah Bentangkan Keindahan CiptaanNya.


New Zealand

Lailahaillahlah MuhammadurRasullullah

Keindahan ciptaan Allah sungguh menakjubkan, Allah membentangkan keindahan ciptaanNya untuk manusia supaya bertambah keimanan serta kecintaan kita kepadaNya.
Aku melihat kepada penciptaan manusia, Subhanallah pelbagai rupa dan perangai
sungguh unik sekali ciptaanNya
Manusia itu mempunyai pelbagai jenis dan keistimewaan tersendiri
Aku melihat kepada penciptaan bumi, sungguh luas terbentang merentasi permukaannya.
Aku merasa begitu kecil di atas muka bumi Allah, on how significance i am in this alam ciptaanNya
Allahuakhbar, aku memuji kebesaranMu Ya Allah
Aku memikirkan akan manusia yang hampir kepadaku, begitu istimewa begitu aku merasa kasih kepada mereka,
Juga mereka adalah ciptaanMu Ya Allah,
Wahai Allah, pencipta segala perasaan yang sungguh menakjubkan, luruskanlah perasaanku ke arah keindahan serta kekaguman terhadapMu supaya aku terus mencintaimu melebihi kecintaanku kepada manusia
Amatlah rugi bagiku mengejar cinta manusia tetapi mengabaikan cinta padaMu yang Maha luar biasa dalamnya.
Berikanlah daku cintaMu supaya aku mendapat cinta daripada hamba2 Mu yang soleh dan solehah
Jauhkanlah daku daripada sifat berprasangka buruk kepada teman2ku supaya hatiku sentiasa berada dalam keadaan ketenangan mengingatiMu
Sesungguhnya aku merasa diriku bukanlah terbaik yang mana mampu aku menyatakan orang lain adalah tiidak betul, tetapi Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk menegakkan kebenaran serta menghapuskan kebatilan yang sedia jelas keadaanNya
Berikahlah kekuatan serta sokongan perasaan kepadaku supaya aku merasa tenang serta redha dalam menegakkan kebenaran yang datang dariMu
Jauhkanlah aku daripada perasaan was2 serta bersalah terhadap perkara yang aku khilafkan sebagai benar.
Aku adalah hambaMu yang lemah, aku tidak mampu untuk berdiri dengan driku sendiri
Aku adalah hambaMu yang tidak sanggup serta kuat untuk ingkar kepada laranganMu
tetapi kadangkala aku merasa begitu serta aku yakin aku ingkar kepadaMu Ya Allah
Aku merasakan diriku lemah tanpa payungan rahmat dariMu Ya Allah
Ampunkanlah dosa2 ku serta khilafku yang salah
Ya Allah wahai tuhan yang maha membolak-balikkan hati
Letakkan lah hatiku keatas jalanMu yang lurus
supaya dengan itu diriku sentiasa mendapat rahmat dan redhaMu


Ameen


Wish to bring my wife here for honeymoon



Nurturing The Passion to CaRE

Sunday, March 28, 2010

Daurah



   Alhamdullilah puji syukurku pada Allah swt, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, kekuasaanNya meliputi langit dan bumi serta keagunganNya adalah infinti...segala puji bagi Allah pengurnia dan pencipta perasaan kasih sayang di dalam hati hamba2Nya yang menjadikan manusia itu sempurna dikala peritnya sebuah kehidupan di dunia...kasih sayang menjadikan manusia itu kuat menempuh berat ujian daripadaNya. Kasih sayang itu menjadikan manusia itu hampir kepadaNya bukan menjauhi rahmat Allah. Mendapat kasih sayang di saluran yang betul menjadikan manusia itu hampir kepadaNya bukan menjauhiNya.

Sayu di hati dikala berpisah dengan ikhwan2 yang bersama-sama menghadiri program Daurah di masjid puchong petang tadi, walaupun berprogram dalam masa yang singkat namun sudah cukup untuk menambat hati2 kami semua untuk bersaudara di atas jalan keikhlasan dan kerana Allah swt.

 Program taaruf yg mungkin dikatakan sedikit special ini menarik perhatianku di mana semua ikhwan berkongsi pengalaman hidup yang sungguh menarik dan mengagumkan. semua ikhwan detail menceritakan pengalaman masing2 menyebabkan wujud rase keikhlasan lantas mengikat hati2 kami...setiap manusia pernah melalui alam kegelapan, tapi apa yang penting adalah keadaan iman dan amal pada masa sekarang. Manusia mempunyai pilihan yang membolehkan mereka berubah daripada keadaan tidak baik kepada yang lebih baik. kita sebagai saudara seislam harus mempunyai sifat saling menyokong antara satu sama lain dan tidak memandang keburukan dahulu sebagai pengukur kepada sifat diri seseorg pada masa sekarang.sepertimana Umar RA dahulunya seorang yang terkenal dengan sifatnya yang tegar menentang agama Islam yang diturunkan oleh Allah       serta pernah juga menanam anak perempuannya which was still alive buried into a hole.pity her as an innocent children..how could Umar did such a inhumane act to his own child.Namun dengan limpah rahmat dan kasih sayang Allah, umar telah  menjadi core kepada pengerak agama Allah swt dan menjadi khalifah umat islam kedua selepas Abu Bakar AsSiddiq.Perubahan kepada yang lebih baik adalah lebih penting untuk kita mulia di mata Allah..Allah membuka pintu2 taubatNya yang luas kepada hambaNya yang menyesali perbuatanNya pada masa dahulu. Kita sebagai hamba harus menyokong dan memberi jalan yang betul untuk memastikan saudara kita terus berada d atas jalanNya yang benar bukan menyisihkan dirinya yang berusaha mencari kebenaran.

Aktiviti riadah, kami bermain game galah panjang, walaupon taman itu situated di tepi jalan raya yang dilalui oleh ribuan kenderaan yang masing2 ingin menuju ke destinasi mereka, kami tidak merasa kekok untuk bermain malah merasa sungguh istimewa di mata Allah kerana kami bermain adalah untuk mengikat hati2 kami antara saudara2 kami, sudah sekian lama tidak bermain game nie, pengalaman yang cukup manis untuk dikenang bermain bersama senior2 dan Prof kami...sempat juga bermain bola sepak selepas itu. =)

Ya Allah, aku memilih kasih sayangmu yang mendekatkan diriku kepadamu, jauhkan ak dari cinta manusia yang tidak mendapat keredhaanmu serta menjauhkan darimu...cinta manusia yang menjadikan hati2 manusia dilanda kesedihan dikala cinta tidak terbalas, dikala wujud pengkhianatan, dikala wujud ketidaksetiaan
Ya Allah Engkaulah, Raja perasaan cinta, Engkau tidak lupa membalas cinta hambamu yang berusaha mencari cintamu, Engkau tidak pernah mengkhianati cinta hambamu yang ikhlas kepadaMu, dan Engkaulah pencinta yang setia hamba-hambaMU...aku memohon keampunan atas kelalaianku kepadaMU sedangkan Engkau tidak begitu. Engkau tidak leka memerhatikanKu..Engkau bimbang akan kelalaianku kepadaMu yang boleh menyebabkan ak lupa pada diriku sendiri.

Firman Allah:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.
(al-Hasyr : 19)


Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku.

Ya Allah, ak memohon kepadaMu keikhlasan hati dalam melakukan amalan kepadaMu
Ya Allah, ak memohon kepadaMu sifat kasih sayang kepada saudara2ku
Ya Allah, jauhkan diriku daripada perkara yang menjauhkan hatiku kepadaMu
Ya Allah, memohon kebaikan dunia dan akhirat olehMu.
Ya Allah, Curahkan keberkatan kepada kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka kepadaku
Ya Allah, cukupkan keperluan diriku serta perbaikilah akhlakku yang menjadi panduan hidupku di atas muka bumiMu ini

Nurturing the passion to care










Thursday, March 25, 2010

Cukuplah cintaku pada Allah mengatasi kecintaanku pada manusia

Pada pagi nie, alhamdullilah berjaya solat subuh dalam waktu yang bole dianggap masih awal, syukur kehadrat Ilahi dengan kasih sayangNya dapat aku membuka mataku dan menyedut nafas serta membekalkan segenap sel-sel yang  berada di dalam badanku dengan oksigen. Maha suci Allah yang telah menciptakan sistem badan manusia yang begitu komplek dan teratur. Setiap sel tahu akan tugas masing2 dan bekerja mengikut ketetapan ilahi tanpa sebarang bantahan dan pelanggaran hukum Allah swt.

Hari ini merupakan hari terakhirkah ak berada di atas muka bumi? itu harus menjadi satu persoalan dan peringatan buat diri ini yang bakal mengambil langkah seterusnya untuk mengemudi hidup ini. Tersilap langkahmu pasti akan disaksikan di alam akhirat kelak...mahukah kita menjadi golongan yang rugi di alam akhirat dikala teman2 seakidah kita bersenang lenang di dalam syurga menikmati nikmat kesenangan kurniaan Allah.

Ambillah setiap langkahmu di atas muka bumi untuk mencari keredhaan Allah swt, mulakan segala perbuatan yang baik dengan niat yang betul smoga kita mendapat saham kita diakhirat kelas. Allah tidak akan merugikan walau sedikitpun pergorbanan kita kepadaNya, malah Allah menjanjikan setiap amalan kita yang dibuat ke jalan Allah maka kita sedikitpun tidak akan dirugikan malah Allah mengandakan dengan bahagian yang berlipat kali ganda...inilah rahsia perniagaan yang Allah telah dedahkan kepada kita melalui firmannya:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." 
(As-Saff : 10-11)

Allah berfirman:

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah :111)


Ya Allah , tuhan yang maha membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah diriku di atas jalanMu yang lurus.
kuatkanlah pendirianku terhadap agamamu serta perintahmu
Wahai pemilik nyawaku,  betapa lemah diriku ini, aku pasrahkan semua keadaan diriku padamu.
Ya Allah sesungguhnya takdir kami berada di dalam genggamanmu maka Ya Allah, kurniaankan kami kejayaan di dunia dan diakhirat.. tetapkanlah kami di atas jalanMu yang lurus. jauhkan aku daripada kesesatan.


Nurturing the passion to care








I choose the love of Allah


Alhamdullilah, today activities were done quite smoothly and i dun hv very packed timetable, from morning until evening everythng was amazing...after finished my Endocrinology class went back to College which i mean Street Mall campus from Main Campus to continue my reading on Slides which have been provided by lecturer.. i studied until 4.4o pm and after that hazim took me to the cyberpark to attend my usrah with saleh. we were discussing about the orientation program which will be conducted to our coming junior this coming MEI and b4 that we have our AlQuran recitation from surah Al-Buruj. Surah Al-Buruj contains a story about a young man who was very smart and talented among his peer at that time which he was offered by his King to learn about Magic hoping that he will replace the old royal sorcerer which was his Guru...for all this while, he was learning from the sorcerer many magic knowledges and he learned so fast and excellent..

One day, when he was walking back home, he met with a ulama who offered him to teach him about religious knowledge regarding oneness of Allah...he then accepted those offer and start to learn from both of his teacher...in one day he will go to both of his teachers and learn both of the knowledges from them...The ulama told the young man not to tell anyone that he is learning knowledge of Tauhid from him so that the king would not know about this..and of course if the king knows about this and the teach about oneness to god other than the king himself , the king will not hesitate to kill the people who worship other god other than himself...

to shorten the story, the king knew about this and became very unhappy and angry...he asked his royal guard to bring the ulama to the castle and kill the ulama...but the young man was hardly to be killed because he got very good knowledge to protect himself from get killed...the king had tried so many ways to kill the young man but not so much affected..the young man offered the king a very easy way on how to kill him...then he told the king to gather all the people in his country and and watch him during the killing session...he also told the king to use arrow and bow along while uttering the phrase "in the name of Allah the god of this young man" and then release the arrow str8 to his chest then he can be killed, the only way which the king can use to kill the young man.

The king did as what the young man told and while the king releasing the arrow from the bow he shouted loudly into the air ''in the name of Allah, the god of this young man'' and right after that, the young man died instantly by Allah's will...soon after that, subhanallah...many of the people who came to see the prosecution of the young man death penalty became the believer and worship oneness of Allah...

from this story, what i can take for my own reflection are:

1.we as a youth generation must be very talented and enthusiastic to seek for knowledges
2.we must learn as much as we can, but we must know both good and bad side of our knowledges
3.we must obey our teacher order
4.we must practise our knowledges so that it will not be wasted
5.we must always think on how to spread the dakwah on this surface of earth to all human being
6.we must ready to sacrifice our own wealth and even life in order to spread Allah's commandments.
7.even as a sponsored student by my own goverment and someday you found out your goverment is corrupt, we must not support that kind of goverment.
8.we must be very confident of what we are learned and try to figure out its truth by practising it on our daily life.


After that, we continued our usrah by sharing experiences of the past and it was so fun and calm...
we were surrounded by many shady tress at that park and people were jogging and walking around that park...the wind blows and the lake produced calm water ripple backgrounded by shiny flashes of evening sunlight touch smoothly on our face...

Indeed it is with remembrance of Allah that the heart enter into the state of traquility
surah (Al-R'ad:28)
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”.
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

after usrah, we went to MMU to have our dinner, and maghrib prayer, im asking ivan to find me surau so that we can perform our solah inside his hostel, he 1stly offered us to pray in his room and then he figured out that there is a surau just above his room level..so he took us there and we prayed at MMU hostel.
after that went home and i slept until 12.oo am and have my bath and perform isyak prayer...i feel so much tranquilised after perform the solat sunat taubat as i know i ve been doing a lot of sin to Allah..i ve been injusticed to my soul and Allah...i seek Your guidance so that im not go astray navigating my life on this worldly life which is not eternally provide me with love, health, happiness and love..

"sesungguhnya kehidupan di akhirat jauh lebih baik berbanding kehidupan di dunia"


Allah berfirman dan berpesan kepada hamba yang dikasihiNya:

Kejarlah akhirat tetapi jangan dilupakan dunia

Ya Allah,
Engkau curahkan keberkatan kepada kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka kepada kami.

curahkan kasih sayangmu kepadaku supaya aku tidak lagi mencari kasih sayang manusia yang bakal menjauhkan diriku daripadamu kerana "i want to choose the love of Allah more than humanly love alone"

Amiin...


Nurturing the passion to care





Monday, March 22, 2010

Endless task


Unlike most people, the one who are always think about his or her life in hereafter would and must be the most luckiest and smarter person given Hidayah by Allah.His blessing is everything and given chance into the paradise and seeing His "Face" is a wonderful gift.

Our life is never been so easy because life is the toughest task given by Allah to us as human and kalifah before we can indulge in eternal life in the heaven.The task can determine whether we can or cant enter the paradise and also most important with Allah's Rahman surely can send us str8 into heaven becoz Allah is so powerful and no anything could /can change His words. "Kun Fayakun!!!"

As i walk alone in this Fana world, so many ~uncountable ...but i always keep repeating and doing the same, repeating sins. Worse still, i kept doing sins and asked to be forgiven. Ah!! so shamefull of me. But why what make you so sure Allah has already forgive you, that make you repeat another same sin and you once again askd to be forgiven after you make another sin. Have you forgot the day you asked to be forgiven and now you again in the same condition and position. What make your heart dare to repeat again.

Ya Allah, i am an insan, so weak and always need Your attention and blessing. Without you, i am nobody. I want and need your Rahman~ Rahim.Engulf me always, not even a second or any smaller time scale i could afford to live without you. Please put me in the straight path. The path you had given to people whom they got your goodness, kindness and blessness and NOT to whom you did pissed off

Berkatilah ak!!
Berkatilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah menyayangiku
Berkatilah adik beradikku
Berkatilah kaum kerabatku
Berkatilah sahabat2 ku
Berkatilah seluruh muslimin dan muslimat

Kurniakan lah daku kebijaksanaan dan keikhlasan,, amiin!