Friday, January 28, 2011

::Muslim Across The Border::

Its an IDEA which will challenge the human mind and spirit...a journey about to be started of thousand miles across the unforgiven wilderness, a journey which will change the perception about the continent borderline which separate muslim reign across the globe...a border which never existed before among muslim country when there was Khalifah who responsible to guard the muslim ummah around the world

Its an IDEA to call for awareness for muslim across the world that we as muslim must bear in mind there is no BorderLine across muslim country...a journey which will spread the idea or fundalmental akidah to muslim that we must take an action to bring back Daulah Islamiyyah as the come back world order which will bring peacefullness to the entire world..Inshallah....

Thursday, January 20, 2011

Susahnya mengungkap Kebenaran

Segala puji hanya milik Allah, penguasa alam cerekawala serta seluruh makhluk seisinya, segala syukur pada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan tanpa putus melambangkan kasih sayang Allah kepada makhlukNya yang serba kekurangan serta kelemahan...Salam serta doa dipanjatkan kepada Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat-sahabat yang bersama-sama mengikuti dengan taat Rasullulah SAW, para tabi tabien serta mereka-mereka yang mengikuti ajaran islam serta mengamalkan sehingga ke hari kiamat

Kebenaran merupakan sesuatu perkara yang pahit untuk diungkapkan kerana ia merupakan satu sebab atau penutup hati kita kepada kemaksiatan. Selagi mana seseorang itu tidak mengungkapkan kebenaran melalui hatinya serta percakapannya, maka dia mungkin akan terus berada di dalam keadaan kemaksiatan kerana merasa cukup seronok serta puas berada dalam kemaksiatan. Perkara ini akan menyebabkan seseorang tidak mampu mengungkapkan sesuatu kebenaran kerana khuatir selepas ini dia tidak boleh lagi membuat kemaksiatan kerana hatinya yang telah mengungkapkan kebenaran pasti akan menghalang dia daripada melakukan kemaksiatan

Oleh kerana itu, adalah amat penting untuk kita saling berpesan-pesan kepada kesabaran serta kebenaran kerana pastinya hati kita yang baik akan cenderung untuk memilih kebenaran serta tidak kuat menolak kebenaran...

Jadi adalah dikatakan amat rugi orang-orang yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran baik di dunia serta juga di akhirat kelak seperti Allah SWT berfirman :



In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
 
By (the Token of) Time (through the ages), 
 Verily Man is in loss, 
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy. 





    Jadi di sini ana mahu berkongsi sebuah cerita yang mungkin boleh di ambil iktibar daripada tajuk kita di atas. Katakanlah terdapat 2 pasangan yang saling cinta mencintai, padahal perhubungan itu tidak diikat melalui perkahwinan yang sah antara dua couple tersebut, namun mereka faham bahawa cinta sebelum berkahwin itu tidak diterima dalam islam serta faham hukumnya tanpa ada sedikit pun keraguan atau ketidaksetujuan dalam hati mereka, bagi mereka cinta yang mereka sedang khayalkan sudah cukup dan tidak perlu lagi memandang kepada kebenaran yang pastinya akan mengikat mereka daripada terus melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT,

    Hatinya pasti akan merasa keresahan atas maksiat yang dilakukan tanpa dia sedari, memang hatinya mengaku bahawa cinta sebelum perkahwinan itu tidak diterima oleh Islam, tapi dia tetap berada dalam keadaan seperti itu merasakan tidak sanggup meninggalkan alam percintaan yang penuh keindahan serta harapan-harapan palsu. Cinta-nya kepada Allah SWT berbelah bagi, baginya cintanya kepada Allah tetap sama walaupun dia mencintai perempuan tidak sah baginya di dunia, namun dia berbohong serta tidak jujur pada hatinya.

    Maka tibalah suatu hari, hatinya resah tidak dapat di bayangkan lagi, maka dia dengan penuh kesabaran serta bertawakal mengungkapkan kebenaran itu kepada perempuan yang dia pernah cintai dan selalu dia cintai bahawa cinta mereka tidak mendapat keberkatan Allah SWT kerana cinta mereka tidak sah di sisi agama islam, maka atas sebab ungkapan kebenaran mereka tidak lagi meneruskan percintaan mereka serta sudah pastinya kesabaran perlu untuk menghadapi semua pergorbanan yang telah mereka lalui demi mendapatkan cinta Allah SWT

Semoga Allah SWT menerima hati-hati yang ikhlas kepadaNya untuk menjadi hamba-hambaNya yang soleh serta diberkatinya

Nurturing The Passion To Care