Sunday, March 28, 2010

Daurah



   Alhamdullilah puji syukurku pada Allah swt, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, kekuasaanNya meliputi langit dan bumi serta keagunganNya adalah infinti...segala puji bagi Allah pengurnia dan pencipta perasaan kasih sayang di dalam hati hamba2Nya yang menjadikan manusia itu sempurna dikala peritnya sebuah kehidupan di dunia...kasih sayang menjadikan manusia itu kuat menempuh berat ujian daripadaNya. Kasih sayang itu menjadikan manusia itu hampir kepadaNya bukan menjauhi rahmat Allah. Mendapat kasih sayang di saluran yang betul menjadikan manusia itu hampir kepadaNya bukan menjauhiNya.

Sayu di hati dikala berpisah dengan ikhwan2 yang bersama-sama menghadiri program Daurah di masjid puchong petang tadi, walaupun berprogram dalam masa yang singkat namun sudah cukup untuk menambat hati2 kami semua untuk bersaudara di atas jalan keikhlasan dan kerana Allah swt.

 Program taaruf yg mungkin dikatakan sedikit special ini menarik perhatianku di mana semua ikhwan berkongsi pengalaman hidup yang sungguh menarik dan mengagumkan. semua ikhwan detail menceritakan pengalaman masing2 menyebabkan wujud rase keikhlasan lantas mengikat hati2 kami...setiap manusia pernah melalui alam kegelapan, tapi apa yang penting adalah keadaan iman dan amal pada masa sekarang. Manusia mempunyai pilihan yang membolehkan mereka berubah daripada keadaan tidak baik kepada yang lebih baik. kita sebagai saudara seislam harus mempunyai sifat saling menyokong antara satu sama lain dan tidak memandang keburukan dahulu sebagai pengukur kepada sifat diri seseorg pada masa sekarang.sepertimana Umar RA dahulunya seorang yang terkenal dengan sifatnya yang tegar menentang agama Islam yang diturunkan oleh Allah       serta pernah juga menanam anak perempuannya which was still alive buried into a hole.pity her as an innocent children..how could Umar did such a inhumane act to his own child.Namun dengan limpah rahmat dan kasih sayang Allah, umar telah  menjadi core kepada pengerak agama Allah swt dan menjadi khalifah umat islam kedua selepas Abu Bakar AsSiddiq.Perubahan kepada yang lebih baik adalah lebih penting untuk kita mulia di mata Allah..Allah membuka pintu2 taubatNya yang luas kepada hambaNya yang menyesali perbuatanNya pada masa dahulu. Kita sebagai hamba harus menyokong dan memberi jalan yang betul untuk memastikan saudara kita terus berada d atas jalanNya yang benar bukan menyisihkan dirinya yang berusaha mencari kebenaran.

Aktiviti riadah, kami bermain game galah panjang, walaupon taman itu situated di tepi jalan raya yang dilalui oleh ribuan kenderaan yang masing2 ingin menuju ke destinasi mereka, kami tidak merasa kekok untuk bermain malah merasa sungguh istimewa di mata Allah kerana kami bermain adalah untuk mengikat hati2 kami antara saudara2 kami, sudah sekian lama tidak bermain game nie, pengalaman yang cukup manis untuk dikenang bermain bersama senior2 dan Prof kami...sempat juga bermain bola sepak selepas itu. =)

Ya Allah, aku memilih kasih sayangmu yang mendekatkan diriku kepadamu, jauhkan ak dari cinta manusia yang tidak mendapat keredhaanmu serta menjauhkan darimu...cinta manusia yang menjadikan hati2 manusia dilanda kesedihan dikala cinta tidak terbalas, dikala wujud pengkhianatan, dikala wujud ketidaksetiaan
Ya Allah Engkaulah, Raja perasaan cinta, Engkau tidak lupa membalas cinta hambamu yang berusaha mencari cintamu, Engkau tidak pernah mengkhianati cinta hambamu yang ikhlas kepadaMu, dan Engkaulah pencinta yang setia hamba-hambaMU...aku memohon keampunan atas kelalaianku kepadaMU sedangkan Engkau tidak begitu. Engkau tidak leka memerhatikanKu..Engkau bimbang akan kelalaianku kepadaMu yang boleh menyebabkan ak lupa pada diriku sendiri.

Firman Allah:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.
(al-Hasyr : 19)


Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku.

Ya Allah, ak memohon kepadaMu keikhlasan hati dalam melakukan amalan kepadaMu
Ya Allah, ak memohon kepadaMu sifat kasih sayang kepada saudara2ku
Ya Allah, jauhkan diriku daripada perkara yang menjauhkan hatiku kepadaMu
Ya Allah, memohon kebaikan dunia dan akhirat olehMu.
Ya Allah, Curahkan keberkatan kepada kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka kepadaku
Ya Allah, cukupkan keperluan diriku serta perbaikilah akhlakku yang menjadi panduan hidupku di atas muka bumiMu ini

Nurturing the passion to care










No comments: