Saturday, July 14, 2012

Allah Perbaikilah Keadaan Diriku..

  Alhamdullilah syukur kepada Allah, atas kurniaan nikmat kesabaranNya dapatku siapkan mengemas bilik rumah yang baru  dimasuki. Alhamdullilah atas nikmatNya, bersusah-susah dahulu kemudian dapat merasai nikmatnya menyelesaikan sesuatu tugasan. :)

[Inshirah 94:5] So indeed with hardship is ease.
[Inshirah 94:6] Indeed with hardship is ease.


Ya Allah, hari ini  solat ku lalu aku teringatkan pesanan Ustaz Asri yang menyatakan Engkau tidak menerima doa dari hati yang lalai, lalu aku memaksa kan diriku supaya terus khusyuk mengingatiMu dapat solat ku, kerana aku sedar solat ku adalah doa-doa ku kepadaMu untuk memperbaiki keadaan diriku. Ya Allah, Engkau pernah berfirman telah berjayalah dalam kehidupan bagi mereka  yang khusyuk dalam mengingatiMu dalam solat yang didirikan.


[Mominun 23:01] Successful indeed are the believers.
[Mominun 23:02] Those who humbly cry in their prayers.

Ya Allah, perbaiki lah keadaan diriku ini yang sentiasa lalai dalam mengingatiMu.. Ya Allah, aku tahu aku akan lemah tanpaMu, pembawaan diriku akan rosak tanpa ingatan secara dekat kepadaMu, Ya Allah tuhanku yang memiliki hati ku, perbaikilah keadaan diriku, kerana aku tidak akan sempurna tanpa perhatian serta didikan hati daripadaMu. Aku sedar, jika diri aku lupa padaMu sebenarnya aku tidak lain tidak bukan  hanya akan melupakan diriku serta terus menzalimi diriku.. Astagfirullah3x

[Hashr 59:19] And do not be like those who forgot Allah – He therefore put them into hardship making them forget themselves; it is they who are the sinners.

Ya Allah, hari ini dan hari-hari sebelumnya, aku merasa tidak selesa dengan diriku, aku tidak mengenal diriku, seperti aku tidak ingin menerima diriku ini, aku merasakan diriku tidak sempurna, jahat, penuh dengan perkara yang membebani diriku, padahal aku selalu ingin merasakan diriku lebih baik, lebih baik terhadap semua manusia di sekelilingku, Ya Allah.. masihkah ada diriku yang lebih baik dari diriku ini, Ya Allah perbaiki lah diriku, suci kan lah hatiku, Ya Allah ampunkan dosa-dosaku serta jadikan diriku hambaMu yang disenangi oleh mereka yang berada di sampingku. Ya Allah, Engkau berfirman bahawa Engkau tidak menerima doa dari hati mereka yang lalai mengingatiMu, Ya Allah aku ingin berdoa kepadaMu dalam keadaan hati aku tertumpu kepadaMu agar Engkau dapat menunaikan permintaanku agar aku dapat memperbaiki diriku. Ya Allah sempurnakanlah akhlakku, perbaikilah keadaan diriku, Ya Allah ampunkan dosa-dosaku,  dekatkan hati ku dalam keindahan mengingati serta taqwa kepadaMu.. Engkau pernah berfirman telah berjaya mereka yang berusaha menyucikan jiwa, telah berjaya..! (^_^) Aku berharap aku tergolong dalam hambaMu yang Engkau maksudkan itu. :) Ya Allah, terima lah aku sebagai abdiMU..

[Aa’la 87:14] Indeed successful is the one who became pure.


Ya Allah, perbaikilah diriku kerana aku tidak akan sempurna tanpa akhlak yang Engkau redhai iaitu seperti akhlak terpuji manusia terbaik, Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, perbaikilah akhlakku, ampunkan dosa-dosaku...

1 comment:

Mas Rudy Madu said...

syukron ilmunya

http://www.istanamadumurni.com/