Pada pagi nie, alhamdullilah berjaya solat subuh dalam waktu yang bole dianggap masih awal, syukur kehadrat Ilahi dengan kasih sayangNya dapat aku membuka mataku dan menyedut nafas serta membekalkan segenap sel-sel yang berada di dalam badanku dengan oksigen. Maha suci Allah yang telah menciptakan sistem badan manusia yang begitu komplek dan teratur. Setiap sel tahu akan tugas masing2 dan bekerja mengikut ketetapan ilahi tanpa sebarang bantahan dan pelanggaran hukum Allah swt.
Hari ini merupakan hari terakhirkah ak berada di atas muka bumi? itu harus menjadi satu persoalan dan peringatan buat diri ini yang bakal mengambil langkah seterusnya untuk mengemudi hidup ini. Tersilap langkahmu pasti akan disaksikan di alam akhirat kelak...mahukah kita menjadi golongan yang rugi di alam akhirat dikala teman2 seakidah kita bersenang lenang di dalam syurga menikmati nikmat kesenangan kurniaan Allah.
Ambillah setiap langkahmu di atas muka bumi untuk mencari keredhaan Allah swt, mulakan segala perbuatan yang baik dengan niat yang betul smoga kita mendapat saham kita diakhirat kelas. Allah tidak akan merugikan walau sedikitpun pergorbanan kita kepadaNya, malah Allah menjanjikan setiap amalan kita yang dibuat ke jalan Allah maka kita sedikitpun tidak akan dirugikan malah Allah mengandakan dengan bahagian yang berlipat kali ganda...inilah rahsia perniagaan yang Allah telah dedahkan kepada kita melalui firmannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(As-Saff : 10-11)
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah :111)
Ya Allah , tuhan yang maha membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah diriku di atas jalanMu yang lurus.
kuatkanlah pendirianku terhadap agamamu serta perintahmu
Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini, aku pasrahkan semua keadaan diriku padamu.
Ya Allah sesungguhnya takdir kami berada di dalam genggamanmu maka Ya Allah, kurniaankan kami kejayaan di dunia dan diakhirat.. tetapkanlah kami di atas jalanMu yang lurus. jauhkan aku daripada kesesatan.
Nurturing the passion to care
No comments:
Post a Comment