Sunday, February 27, 2011

Pemuda Naungan Allah SWT

       Segala pujian dan syukur pada Allah swt yang telah menetapkan hati ini pada jalan agama Islam sehingga ke hari ini, segala puji bagi Allah swt kerana dengan nikmatNya dapat kita merasakan keindahan Islam pada hari ini, keindahan alam ciptaanNya, keindahan perasaan kecintaan kepadaNya serta keindahan untuk bercita-cita menjadi seorang rijal yang mampu memberi kebaikan kepada setiap makhluk ciptaanNya...

      Menjadi rijal yang mantap memerlukan pergorbanan yang tinggi serta sentiasa konsisten di atas jalan Allah swt dengan mengikuti segala suruhan Allah serta berusaha sedaya upaya menjauhi kelalaian dunia...Rijal yang dicintai oleh Allah merupakan pemuda yang mampu menahan dirinya daripada godaan dunia yang bermacam-macam pada hari ini dengan tetap teguh kepada ketaqwaan kepada Allah SWT...

    Pada suatu petang, ana dan mustaqim membuat satu urusan ke subang jaya, suasana petang kelihatan aman damai serta penuh ketenangan...cuaca mendung menyejukkan hati serta pandangan, sedang dalam perjalanan, kami berbicara tentang keadaan diri kami sebagai rijal milik Allah swt yang penuh dengan kelemahan serta kekurangan...ana melantunkan kata2 risau serta khuatir keadaan diri kami yang selama ini dalam keadaan main-main serta tidak serius dalam kehidupan...banyak ketawa dan bersenang hati...kami bersetuju menyatakan bahawa ini bukanlah satu ciri rijal yang sebenar untuk menjadi penyelamat serta harapan umah..kami berdua terdiam memikirkan kebenaran penyataan itu...ana, pernah terbaca satu artikel yang telah diforwardkan oleh teman seperjuangan muslimah ana, tajuk artikel itu, mengapa para rijal harapan umah ramai yang hati mereka penuh dengan main-main serta tidak serius...banyak ketawa serta kekok untuk menyatakan kebenaran...bagi mereka penyataan kebenaran adalah sesuatu yang agak keberatan untuk di ucapkan

  seorang rijal yang dalam hatinya penuh dengan permainan serta mencari kepuasan hati dengan kelalaian bukanlah seorang rijal yang mampu membawa diri serta orang lain ke arah kemajuan kerana hidup kita penuh dengan cabaran dan perkara-perkara yang realiti serta penuh pertanggungjawaban yang memerlukan seorang rijal mampu berfikiran matang serta tidak main-main dalam membuat sesuatu keputusan...bagi seorang rijal yang jiwanya main-main, tidak mungkin dia mampu membuat keputusan untuk umat serta sanggup bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat melainkan dia benar-benar serta serius untuk memperjuangkan setiap amanah yang telah dipikul

Seorang rijal yang mantap telah dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak berada di bawah naungan Allah SWT bagi mereka para pemuda yang waktu mudanya tetap yakin dengan janji-janji Allah serta menghabiskan waktu mudanya untuk jalan Allah, inshallah janji Allah pasti akan dilaksanakan kerana sesungguhnya Allah Maha menepati janji-janjiNya. Rasullulah SAW telah berpesan, gunakanlah masa muda kita sebelum datangnya masa tua kita kerana waktu muda kita amatlah berharga untuk kebangkitan ummah,
kita tengoklah sejarah silam kita yang agung, pemuda-pemuda islam yang penuh keperwiraan seperti Tarid bin Ziyad mengetuai expedisi menghancurkan kezaliman di Sepanyol merentasi Selat Gibraltar pada seusia 17 tahun, Muhammad Al-Fateh menawan kota Constantinople pada usianya mencecah 21 tahun...serta anak angkat Rasullulah, Zaid bin Harithat mengetuai expedisi perang di bawah arahan Nabi Muhammad SAW ketika usianya juga belasan tahun..di sini kita melihat pemuda-pemuda islam lah pengerak kepada kebangkitan islam dan ana pasti di hati mereka penuh dengan kerisauan terhadap ummah serta jiwa yang penuh siap sedia untuk berjihap demi agama tercinta...mereka pemuda yang dihormati lawan serta rakyat jelata bahkan tentera-tentera yang gagah perkasa...mereka miliki hati yang penuh ketaqwaan pada Allah serta amanah terhadap tanggungjawab mereka...inilah pemuda yang patut kita contohi untuk mengembalikan kegemilangan ummah..inshallah

Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah kelalaian diriku serta teman-teman seperjuanganku serta tunjukilah kami jalan-jalanMu yang lurus. berikanlah kami taufiq dan hidayahMu agar kami terus menjadi rijal milikMu yang ikhlas memperjuangkan syariatMu...Ya Allah, kami tidak mampu berdiri tanpaMu maka bantulah kami dalam membuat setiap keputusan hidup kami, janganlah Engkau membiarkan diri kami membuat keputusan sendiri walau dalam setiap saat kami bernafas mahupun detik2 masa berlalu...pandanglah kami serta berkatilah masa-masa kami sesungguhnya kami lah hamba-hambaMu yang lemah serta memerlukan pertolongan daripadaMu

ameen.....

Nurturing the Passion to Care

No comments: