Bulan tarbiyyah...
Alhamdullilah, selama dua hari berpuasa aku merasakan begitu bersemangat untuk memperbaiki keadaan diriku ini, aku mencari-cari kelemahan diriku lantas aku meletakkan azam untuk berusaha berubah di dalam bulan yang penuh ganjaran serta keberkatan ini.. semoga dipermudahkan.
Banyak cabaran berpuasa kali ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, aku berpuasa tanpa meletakkan sebarang azam, tapi alhamdulliah kali ini akan lebih bermakna dan tersusun InsyaAllah (^_^)
Aku mengatakan pada diriku, aku ingin belajar agar aku mampu menahan kemarahan, ternyata ujian menahan kemarahan agak besar kerana dikelilingi oleh anak-anak sedara yang agak nakal, mereka seolah-olah tahu yang aku sedang belajar untuk menahan marah, aku hanya mampu menasihati mereka dengan penuh sabar serta beberapa kali mengingatkan diriku agar jangan marah.. Abg ngah anak sedaraku yang disayangi sengaja berdiri di hadapanku tatkala aku sedang kusyuk menonton rancangan jejak rasul, lalu mengatakan, uncle man abang ngah nak duduk depan uncle biar uncle marah nanti pahala puasa uncle man kurang..hmmm, selalunya aku akan meninggikan suara merasa tercabar dengan kerenah demikian, tapi alhamdullilah dengan keberkatan Ramadhan, aku mampu bersabar dan terus memberi nasihat. Aku menyatakan, abg ngah yang akan kurang pahala puasa sebab tak bagi uncle tgk rancangan jejak rasul nie, and uncle man boleh marah kalu abg ngah buat salah, Allah mesti faham uncle man dan tak kurangkan pahala puasa uncle man, (aku tetap tak mahu marah, tapi rationalize dengan anak sedaraku bahawa kemarahan seseorang boleh dibina atas dasar kesalahan yang jelas, marah kerana Allah) ternyata berkesan tapi penuh hikmah...
Alhamdullilah, selesai berbuka puasa untuk hari kedua berpuasa, aku merasakan indahnya tarbiyah Ramadhan, tidak pernah aku berada di bulan-bulan lainnya aku mampu untuk menahan kemarahan jika ada kesalahan yang mereka lakukan, aku mesti akan bertindak meninggikan suara atau setidaknya memberi nasihat dlm keadaan marah, astagfirullah, Ya Allah berikanlah ketenangan dalam hatiku, ajarkan aku untuk terus bersabar Ya Allah, indahnya hati yang sabar Ya Allah dengan segala ketentuanMu. Ya Allah semoga aku terus kekal bersabar dalam bulan2 lainnya :)
Aku ingin terus mentarbiyah diriku untuk bersabar atas banyak perkara lagi serta belajar untuk mempunyai akhlak yang baik serta mengurus kehidupan dunia untuk persediaan akhirat yang lebih tersusun dan berhasil
Jadi disepanjang bulan Ramadhan ini, aku ingin belajar untuk:-
1.aku ingin lebih menghargai orang lain, give thanks and appreciate other even more
2.aku ingin membalas sms dan call secepat mungkin
3.aku ingin berhenti marah dan bertenang, walaupon kesalahan itu mmg dari orang lain..cube bertenang salman,,coool je ok ^_^
4.aku ingin call my parent at least 2x per week, tanye khabar sbb mereka hanya ade kite sebagai harta dunia kena buat!
5.aku akan pastikan sembahyang di awal waktu serta berjemaah, paling baik pergi masjid or surau and do sunnah prayer before and after compulsory prayer
6.aku ingin belajar dengan bersungguh, dan selalu ingin niat untuk Allah agar aku dpt kemudahan bantuan Allah.. belajar untuk memahami serta menjadi manusia berguna untuk ummah
7.Aku ingin berhenti dari bergantung dengan manusia, kebergantungan hanya pada Allah
8. Aku ingin mandi dahulu skrg da nak masuk isyak... sambg lagi eh.. :)
No comments:
Post a Comment