New Zealand
Lailahaillahlah MuhammadurRasullullah
Keindahan ciptaan Allah sungguh menakjubkan, Allah membentangkan keindahan ciptaanNya untuk manusia supaya bertambah keimanan serta kecintaan kita kepadaNya.
Aku melihat kepada penciptaan manusia, Subhanallah pelbagai rupa dan perangai
sungguh unik sekali ciptaanNya
Manusia itu mempunyai pelbagai jenis dan keistimewaan tersendiri
Aku melihat kepada penciptaan bumi, sungguh luas terbentang merentasi permukaannya.
Aku merasa begitu kecil di atas muka bumi Allah, on how significance i am in this alam ciptaanNya
Allahuakhbar, aku memuji kebesaranMu Ya Allah
Aku memikirkan akan manusia yang hampir kepadaku, begitu istimewa begitu aku merasa kasih kepada mereka,
Juga mereka adalah ciptaanMu Ya Allah,
Wahai Allah, pencipta segala perasaan yang sungguh menakjubkan, luruskanlah perasaanku ke arah keindahan serta kekaguman terhadapMu supaya aku terus mencintaimu melebihi kecintaanku kepada manusia
Amatlah rugi bagiku mengejar cinta manusia tetapi mengabaikan cinta padaMu yang Maha luar biasa dalamnya.
Berikanlah daku cintaMu supaya aku mendapat cinta daripada hamba2 Mu yang soleh dan solehah
Jauhkanlah daku daripada sifat berprasangka buruk kepada teman2ku supaya hatiku sentiasa berada dalam keadaan ketenangan mengingatiMu
Sesungguhnya aku merasa diriku bukanlah terbaik yang mana mampu aku menyatakan orang lain adalah tiidak betul, tetapi Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk menegakkan kebenaran serta menghapuskan kebatilan yang sedia jelas keadaanNya
Berikahlah kekuatan serta sokongan perasaan kepadaku supaya aku merasa tenang serta redha dalam menegakkan kebenaran yang datang dariMu
Jauhkanlah aku daripada perasaan was2 serta bersalah terhadap perkara yang aku khilafkan sebagai benar.
Aku adalah hambaMu yang lemah, aku tidak mampu untuk berdiri dengan driku sendiri
Aku adalah hambaMu yang tidak sanggup serta kuat untuk ingkar kepada laranganMu
tetapi kadangkala aku merasa begitu serta aku yakin aku ingkar kepadaMu Ya Allah
Aku merasakan diriku lemah tanpa payungan rahmat dariMu Ya Allah
Ampunkanlah dosa2 ku serta khilafku yang salah
Ya Allah wahai tuhan yang maha membolak-balikkan hati
Letakkan lah hatiku keatas jalanMu yang lurus
supaya dengan itu diriku sentiasa mendapat rahmat dan redhaMu
Ameen
Wish to bring my wife here for honeymoon
Nurturing The Passion to CaRE
2 comments:
seriusly..cantik NZ. do bring ur wife here. haha
halamak, memohon maaf sbb amik gambar ko tanpa kebenaran...mmg cantik lah.actually ak mmg tahu new zealand cantik when tgk pengambaran filem lord of the Ring lagi, cume kali nie, sbb kalian yg ade sane bukan orlando bloom ,rase cam i can be there someday..hehe, camne kah ko tau gmabr ko duk sini..huhu,
Post a Comment