Saturday, April 10, 2010

Mencintai saudaraku sepertimana Aku mencintai diriku

Sungguh Indahnya Allah kerana mencipta anak kucing yang secomel ini


Maha suci Allah yang mengurniakan perasaan kasih sayang di antara hamba-hambaNya yang soleh, begitu indah serta penuh ketenangan terhadap anjuran kasih sayangMu terhadap saudara-saudaraku.
Aku merasakan kasih sayang itu terbina apabila ujianMu mendatang kepadaku dikala saudaraku di dalam kesusahan... segalanya kelihatan begitu ikhlas dan mengharukan..Aku menjadi lebih jujur kepada diriku sendiri dan aku merasakan sungguh tenang ketika membantu saudaraku keranaMu Ya Allah...aku memerhatikan sabda Nabi pilihanMu lantas aku merasa begitu dekat kepadaMu
Ya Allah semoga imanku terpelihara dalam berkat rahmanMu.
Ku bersujd padaMu dan pasrahkan diriku terhadap segala ketentuanMu
Ya Allah kurniakan cintaMu kepadaku supaya aku tidak mencari cinta manusia yang penuh kesedihan dan kekecewaan...smoga dengan kelebihan cintaku kepadaMu, maka cinta manusia itu tidaklah aku terlalu mendambakan, semoga cintaku kepada manusia terus terpelihara di dalam pelukan cinta dan kasih sayangMu Ya Allah.

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu, sahabatku kelihatan lebih sihat dan kuat, aku memandangnya dengan penuh terharu kerana dengan usahaku yang kecil itu, dia mampu berdiri dan kembali beribadat kepadaMu dengan sempurna....sesungguhnya aku sedar dan jelas, yang menyembuhkan adalah dari kekuasaanMu, terima kasih Ya Allah kerana menyembuhkan untuk mengurniakan aku perasaan yang gembira...
Engkau telah memotivasikan aku supaya aku merasakan aku boleh sebenarnnya merasa tenang dan gembira ketika menolong saudaraku yang memerlukan pertolongan..Inshallah..

Nurturing The Passion to Care

No comments: