Tuesday, June 8, 2010

Kasih SayangMu aku dambakan Ya Allah

[42]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

·         Sebagai seorang islam kita harus yakin bahawa semua usaha kita untuk kebaikan agama Allah adalah satu usaha yang mulia dan Allah memandang usaha kita dan mengurniakan kita balasan syurga jika kita ikhlas dan sabar menjalankannya
·         Walaupun kita merasa penat dan lelah dengan segala usaha kita terhadap agama, tetap yakinlah bahawa pertolongan Allah adalah sangat dekat kepada orang yang menolong agama Allah.
·         Kita harus yakin, usaha kita pada hari ini dapat menyediakan sebuah kehidupan yang diberkati pada masa hadapan
·         Inshallah, Allah tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan yang ada pada seorang hamba itu
·         Jangan merasa lemah dan tidak berdaya, sesungguhnya kamu mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi
·         Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku terhadap segala amanah yang Engkau berikan yang mana ak tidak mampu menjalankan dengan baik dan sempurna
·         Ampunkan lah aku atas kelalaianku
·         Aku selalu penat untuk menjalankan amanahMu padaku, tetapi aku tidak pernah akan berhenti untukMu
·         Sesungguhnya aku mendambakan kasih sayangMu Ya Allah
·         Pandanglah diriku yang hina ini, aku lemah tanpa berkatmu, tanpa sokonganMu
·         Kuatkanlah jiwaku terhadap agamaMu
·         Aku memohon keampunan terhadap jiwaku yang lemah dan jahil
·         Aku berlindung padaMu daripada sifat marah dan mudah berprasangka buruk

Aku Redha terhadap ketentuanMu

Nurturing The Passion to Care

No comments: