Kebenaran merupakan sesuatu perkara yang pahit untuk diungkapkan kerana ia merupakan satu sebab atau penutup hati kita kepada kemaksiatan. Selagi mana seseorang itu tidak mengungkapkan kebenaran melalui hatinya serta percakapannya, maka dia mungkin akan terus berada di dalam keadaan kemaksiatan kerana merasa cukup seronok serta puas berada dalam kemaksiatan. Perkara ini akan menyebabkan seseorang tidak mampu mengungkapkan sesuatu kebenaran kerana khuatir selepas ini dia tidak boleh lagi membuat kemaksiatan kerana hatinya yang telah mengungkapkan kebenaran pasti akan menghalang dia daripada melakukan kemaksiatan
Oleh kerana itu, adalah amat penting untuk kita saling berpesan-pesan kepada kesabaran serta kebenaran kerana pastinya hati kita yang baik akan cenderung untuk memilih kebenaran serta tidak kuat menolak kebenaran...
Jadi adalah dikatakan amat rugi orang-orang yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran baik di dunia serta juga di akhirat kelak seperti Allah SWT berfirman :

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.
Jadi di sini ana mahu berkongsi sebuah cerita yang mungkin boleh di ambil iktibar daripada tajuk kita di atas. Katakanlah terdapat 2 pasangan yang saling cinta mencintai, padahal perhubungan itu tidak diikat melalui perkahwinan yang sah antara dua couple tersebut, namun mereka faham bahawa cinta sebelum berkahwin itu tidak diterima dalam islam serta faham hukumnya tanpa ada sedikit pun keraguan atau ketidaksetujuan dalam hati mereka, bagi mereka cinta yang mereka sedang khayalkan sudah cukup dan tidak perlu lagi memandang kepada kebenaran yang pastinya akan mengikat mereka daripada terus melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT,
Hatinya pasti akan merasa keresahan atas maksiat yang dilakukan tanpa dia sedari, memang hatinya mengaku bahawa cinta sebelum perkahwinan itu tidak diterima oleh Islam, tapi dia tetap berada dalam keadaan seperti itu merasakan tidak sanggup meninggalkan alam percintaan yang penuh keindahan serta harapan-harapan palsu. Cinta-nya kepada Allah SWT berbelah bagi, baginya cintanya kepada Allah tetap sama walaupun dia mencintai perempuan tidak sah baginya di dunia, namun dia berbohong serta tidak jujur pada hatinya.
Maka tibalah suatu hari, hatinya resah tidak dapat di bayangkan lagi, maka dia dengan penuh kesabaran serta bertawakal mengungkapkan kebenaran itu kepada perempuan yang dia pernah cintai dan selalu dia cintai bahawa cinta mereka tidak mendapat keberkatan Allah SWT kerana cinta mereka tidak sah di sisi agama islam, maka atas sebab ungkapan kebenaran mereka tidak lagi meneruskan percintaan mereka serta sudah pastinya kesabaran perlu untuk menghadapi semua pergorbanan yang telah mereka lalui demi mendapatkan cinta Allah SWT
Semoga Allah SWT menerima hati-hati yang ikhlas kepadaNya untuk menjadi hamba-hambaNya yang soleh serta diberkatinya
Nurturing The Passion To Care


